Sometimes they take people, and they don't say why,
sometimes people leave and they never say goodbye,
sometimes there are no second chances to say I love you,

sometimes there are no next times,

sometimes you lose someone and you feel like your heart has followed them to heaven and sometimes there is just nothing you can do to make the tears stop.

Sometimes, no matter how much faith we have, we lose people. But you never forget them. And sometimes, it's those memories that give us the strength to go on.

Sometimes you have to forgive someone just because you want them in your life.

Friday, January 6, 2012

KONSEP TWAQQI UNTUK KEKALKAN HUBUNGAN CINTA



Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan kebahagiaan bersama bukan? Malangnya, panas yang disangkakan hingga ke petang, tiba-tiba hujan di tengah hari…

“..kita putus..”
“..sampai di sini..”
“..ceraikan saya..”
“..tak ada jodoh di antara kita..”
“..aku bukan untukmu..kamu berhak dapat yg lebih layak..”


Kita manusia. Manusia merancang. Namun ALLAH Maha Sempurna perancanganNYA. “Wallahu Khairul Maakirin.” (Allah sebaik-baik perancang segala rencana.) Oleh itu jangan cemarkannya dengan sekelumit prasangka.

Hubungan pula PDH bahagikan kepada dua:
Hubungan yang diredhai (selepas nikah).
Hubungan yang diragui (sebelum nikah)

Tetapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.

Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.



PDH hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui 
Konsep Tawaqqi.

Ini bermaksud, hubungan tak halal (diragui) automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa ‘couple’ silam.

Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa.

Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan untuk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hubungan itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma.


Fahami konsep Tawaqqi.
Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, “menjaga diri daripada perkara yang tak diingini.”
Menurut Muhammad bin Allan, “taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan.”
Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai “berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri.”
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu.

Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, akan kau jumpakan permata.
Sumber : www.yoyoyspa.com
Lukisan : Rusydee Artz



Kau pohonlah padaNYA andai hatinya yang kau pohon.” Jika mahukan seseorang sangat-sangat, mohonlah sangat-sangat pada Allah. Bukan merayu-rayu pada empunya diri. Bila empunya diri menolak, siapa yang kecewa? Namun jika pohon terus pada Allah, Allah akan bagi dua kemungkinan. Mungkin dapat dia, atau mungkin dapat yang lebih baik darinya.

No comments:

Post a Comment