actually,salah satu sebab Arie wat blog ni adalah untuk menceritakan pengalaman Arie bile jadi cikgu nanti.. Arie nak kongsikan pengalaman mengajar dan menghadapi serta menangani murid2 di sekolah.. sepanjang 4 semester Arie berSBE iaitu School Based Education selama seminggu,Arie rasa masa tu pendek dan singkat sangat untuk mengetahui apa itu sebenarnye cikgu.. memang tak dapat dinafikan tugas cikgu skunk memang berat.. lagi2 bile menghadapi budak2 zaman skunk yang semakin advanced dengan pelbagai kemudahan teknologi yang canggih2.. so,guru2 skunk memang kena bersedia dan mempersiapkan diri dengan pengetahuan2 terkini.. so,bile murid2 tanye tak la kita cakap tak tahu..
sebenarnya,nak jadi langsung tak pernah tersenarai pun nak jadi guru.. cita2 sebenarnya nak jadi pensyarah math sebab minat sangat math ataupun ahli geologi sebab minat geografi.. haha.. tapi bile da masuk maktab ni atas desakan keluarga,jz follow je.. sebab kadang2 pilihan ibu bapa adalah pilihan yang terbaik untuk kita.. dan cita2 nak jadi pensyarah still go on.. bile da posting kat sekolah,Arie akan sambung belajar buat master dan sampai ke peringkat tertinggi sampailah Arie capai cita2 Arie nak jadi pensyarah.. pray for me k.. ;) dulu langsung tak minat nak jadi cikgu dan langsung tak de pun ciri2 cikgu dalam diri Arie... tapi bile kat maktab ni dan pengajaran yang meng'arah ke cara untuk memupuk ciri2 kepimpinan guru,sedikit sebanyak dan lama2 sikap guru tu ada dalam diri Arie.. maybe ada hikmahnye Arie kat sini.. padahal langsung tak de ciri2 guru dalam family.. cuma pak cik dan akak sedara je.. yang lain sume lain2 bidang pekerjaan..
bile da masuk maktab ni dan sampai skunk,cam tak caye lagi yang Arie bakal jadi cikgu.. serius ke ni!!! haha.. lagi bile balik kampung,sedara mara duk sakat cakap Arie da macam murid2 juga.. saiz badan sama dan muka pun macam budak2 lagi.. haha.. makin lama Arie makin minat dalma pendidikan ni.. memang da tak leh keluar la dari bidang pendidikan.. profesion perguruan ni sesungguhnya salah satu kerja yang mulia di sisi agama.. dan berat juga la klu tak amanah dan melaksanakan tugas dengan tanggungjawab.. nanti akan disoal di akhirat tentang apa yang kita sampaikan dan ajar kepada anak2 murid kita..justeru,bile mengajar nanti jangan lupe selitkan tentang puji-pujian ke atas kebesaran dan keesaan Allah semasa di dalam kelas.. lagi2 Arie ajar Sains,memang berkait sungguh dengan ciptaan Allah.. jadi cikgu ni untung sebab sampai bile2 orang akan panggil kita cikgu even dan meninggal.. dan setiap ilmu yang anak2 murid kita amalkan,kita akan mendapat pahala..
Dalam soal keikhlasan ini Imam Ghazali pernah menyebut,
“Wajib membetulkan niat murid-murid, maka wajib juga membetulkan niat guru, bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar lebih mulia daripada ibadat belajar.”
Mengapa dikatakan kerjaya sebagai guru ini sangat menguntungkan? Hal ini bertepatan dengan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a, bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya Allah SWT, para malaikat, penghuni langit dan bumi, termasuk semut yang berada di dalam lubang dan ikan ikan pau, sesungguhnya akan memberkati dan memberi rahmat kepada orang yang mahu mengajarkan kebaikan (ilmu) kepada manusia.”
Nabi SAW juga bersabda lagi yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud, “Ingatlah, sesungguhnya dunia ini terlaknat. Semua seisi dunia itu terlaknat kecuali orang yang ingat kepada AllahSWT atau melakukan sesuatu yang dekat dengan mengingatiNya dan orang yang mangajar serta orang yang belajar.”
Berdasakan daripada hadis yang dinyatakan, terlalu banyak ganjaran yang dikurniakan oleh Allah khususnya kepada golongan guru. Tetapi untuk mendapatkan ganjaran tersebut hendaklah timbul rasa ikhlas dalam hati untuk menjadi guru dan ikhlas untuk mengajar. Mungkin perkataan ikhlas mudah untuk dilafazkan, tetapi apa sebenarnya yang tersirat di dalam hati. Mungkinkah kita tetap merasa ikhlas sekiranya kita tidak diberi sebarang gaji dan elaun untuk mengajar anak bangsa? Sanggupkah kita mengajar kelas tambahan kepada anak murid walaupun tidak dibayar kerana kebanyakkan mereka berasal daripada keluarga yang miskin? Renungkan sahabat sekalian bagaimana pengorbanan yang bakal dihadapi oleh seorang guru kelak.
PENGALAMAN APABILA BERGELAR BAKAL GURU :
PERTAMA
masa orientasi bile pertama kali dengan lagu GURU MALAYSIA,terus bulu roma Arie meremang.. Arie cam tak sangka lagu yang Arie nyanyi tu lagu yang sama selalu Arie dengar semasa guru2 sekolah nyanyi time Hari Guru..
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
KEDUA :
masa first praktikal Arie wat kat sekolah lama Arie iaitu SK Seri Bulan.. jumpa la cikgu2 lame yang pernah ajar Arie dulu.. jumpe Cikgu Zarina,Cikgu Sidi,Cikgu Rozi,Cikgu Roslina dan ramai lagi.. memang sengaja nak wat kat sekolah tu sebab nak jumpe cikgu2.. bayangkan setelah 9tahun Arie tinggalkan sekolah tu.. rindu sangat sekolah tu.. banyak kenangan kat sekolah tu.. daripada tak pandai,Arie jadi pandai.. daripada nakal,Arie jadi baik dan daripada malas belajar,Arie jadi rajin belajar.. sume bermula dari sekolah rendah tu.. betul kata orang,klu tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.. dari sekolah rendah ni la murid2 atau anak2 dididik supaya jadi yang berguna.. that's why,teacher and early learning from primary school is the important stage for students..
first experience pergi sekolah..
SK Seri Bulan..
sekolah rendah Arie..
with puan manisah..
cikgu bm dan math..
my lovely school..
rasa cam nak berkhidmat kat sekolah sendiri lak nanti bile posting..
pn zarina..
cikgu math..
en rashidi..
cikgu sains..dan juga orang yang Arie jadikan model bile da jadi bakal cikgu ni..
cikgu cidi
en rozi..
cikgu math dan juga bapa angkat Arie..
me dan tika..
KETIGA :
another experience bile time perhimpunan kat sekolah masa praktikal,Arie berdiri sebaris dengan guru2.. padahal,time sekolah dulu berdiri tengah2 panas dan berjam2 lak tu kat dataran perhimpunan.. bile time rehat lak,makan semeja dengan guru.. time sekolah dulu-dulu,sokmo kena beratur dan berebut makan semata-mata nak beli makanan kat kantin..
KEEMPAT :
Arie belajar pasal psikologi.. memang boleh baca dan tau sifat peribada seseorang la pasni ea.. hehe.. ilmu psikologi atau ilmu pendidikan memang akan diajar kepada semua bakal guru.. klu tak camne nak handle budak2 kat sekolah nanti.. so,kitorang ada strategi cara nak kawal dan kuasi kelas supaya murid2 ikut cakap kita semasa dalam kelas.. da macam witch la lak ek.. haha.. ;p
banyak lagi pengalaman bile masuk maktab ni.. padahal dulu punyeela nangis2 tak nak masuk maktab.. haha.. pape pun yang paling best kat sini ialah kawan2.. sayang korang sangat2..
PISMP SAINS 2
perbezaan muka dulu2.. haha.. lain sangat kot dengan skunk..
masing da pandai bergaya..
p/s : tak sabar nak habis belajar tahun 2013 a.k.a 23 tahun.. ;p
No comments:
Post a Comment