Sometimes they take people, and they don't say why,
sometimes people leave and they never say goodbye,
sometimes there are no second chances to say I love you,

sometimes there are no next times,

sometimes you lose someone and you feel like your heart has followed them to heaven and sometimes there is just nothing you can do to make the tears stop.

Sometimes, no matter how much faith we have, we lose people. But you never forget them. And sometimes, it's those memories that give us the strength to go on.

Sometimes you have to forgive someone just because you want them in your life.

Friday, January 20, 2012

WAFFLE DAN COOL BLOG

tiba2 lak malam ni mengidam nak makan waffle coklat + strawberi ngan cool blog coklat.. takpe2,sok balik Johor da.. nanti nak pau angahla suh belanja cool blog dan waffle.. hehe.. 

waffle


terliur da la tengok coklat meleleh2 ni.. hehe..
nak makan waffle!!!


another pic of waffle..


ni lak cool blog coklat.. klu pergi mall confirm nak kena bli coz sedap la.. haha..
Arie memang,klu bab2 makan no 1.. hehe..


huhu.. tak tau nak gambarkan sedapnye tu camne.. haha..

ni angkara kawan la ni.. dia yang kenalkan dan sejak dari tu Arie tempunan nak makan waffle dan minum cool blog.. aiyyyaaaa...memang tak leh elak da la ni.. klu nampak je ad jual bende ni confirm nak beli.. hehe.. ;p

p/s : disebabkan makan coklat banyak2,nanti mesti pipi tembam.. takpe2,pas makan coklat nanti diet balik.. hehe.. 

Wednesday, January 18, 2012

BAKAL CIKGU

actually,salah satu sebab Arie wat blog ni adalah untuk menceritakan pengalaman Arie bile jadi cikgu nanti.. Arie nak kongsikan pengalaman mengajar dan menghadapi serta menangani murid2 di sekolah.. sepanjang 4 semester Arie berSBE iaitu School Based Education selama seminggu,Arie rasa masa tu pendek dan singkat sangat untuk mengetahui apa itu sebenarnye cikgu.. memang tak dapat dinafikan tugas cikgu skunk memang berat.. lagi2 bile menghadapi budak2 zaman skunk yang semakin advanced dengan pelbagai kemudahan teknologi yang canggih2.. so,guru2 skunk memang kena bersedia dan mempersiapkan diri dengan pengetahuan2 terkini.. so,bile murid2 tanye tak la kita cakap tak tahu..

sebenarnya,nak jadi langsung tak pernah tersenarai pun nak jadi guru.. cita2 sebenarnya nak jadi pensyarah math sebab minat sangat math ataupun ahli geologi sebab minat geografi.. haha.. tapi bile da masuk maktab ni atas desakan keluarga,jz follow je.. sebab kadang2 pilihan ibu bapa adalah pilihan yang terbaik untuk kita.. dan cita2 nak jadi pensyarah still go on.. bile da posting kat sekolah,Arie akan sambung belajar buat master dan sampai ke peringkat tertinggi sampailah Arie capai cita2 Arie nak jadi pensyarah.. pray for me k.. ;) dulu langsung tak minat nak jadi cikgu dan langsung tak de pun ciri2 cikgu dalam diri Arie... tapi bile kat maktab ni dan pengajaran yang meng'arah ke cara untuk memupuk ciri2 kepimpinan guru,sedikit sebanyak dan lama2 sikap guru tu ada dalam diri Arie.. maybe ada hikmahnye Arie kat sini.. padahal langsung tak de ciri2 guru dalam family.. cuma pak cik dan akak sedara je.. yang lain sume lain2 bidang pekerjaan..

bile da masuk maktab ni dan sampai skunk,cam tak caye lagi yang Arie bakal jadi cikgu.. serius ke ni!!! haha.. lagi bile balik kampung,sedara mara duk sakat cakap Arie da macam murid2 juga.. saiz badan sama dan muka pun macam budak2 lagi.. haha.. makin lama Arie makin minat dalma pendidikan ni.. memang da tak leh keluar la dari bidang pendidikan.. profesion perguruan ni sesungguhnya salah satu kerja yang mulia di sisi agama.. dan berat juga la klu tak amanah dan melaksanakan tugas dengan tanggungjawab.. nanti akan disoal di akhirat tentang apa yang kita sampaikan dan ajar kepada anak2 murid kita..justeru,bile mengajar nanti jangan lupe selitkan tentang puji-pujian ke atas kebesaran dan keesaan Allah semasa di dalam kelas.. lagi2 Arie ajar Sains,memang berkait sungguh dengan ciptaan Allah.. jadi cikgu ni untung sebab sampai bile2 orang akan panggil kita cikgu even dan meninggal.. dan setiap ilmu yang anak2 murid kita amalkan,kita akan mendapat pahala.. 

Dalam soal keikhlasan ini Imam Ghazali pernah menyebut, 
“Wajib membetulkan niat murid-murid, maka wajib juga membetulkan niat guru, bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar lebih mulia daripada ibadat belajar.”

Mengapa dikatakan kerjaya sebagai guru ini sangat menguntungkan? Hal ini bertepatan dengan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a, bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya Allah SWT, para malaikat, penghuni langit dan bumi, termasuk semut yang berada di dalam lubang dan ikan ikan pau, sesungguhnya akan memberkati dan memberi rahmat kepada orang yang mahu mengajarkan kebaikan (ilmu) kepada manusia.” 

Nabi SAW juga bersabda lagi yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud, “Ingatlah, sesungguhnya dunia ini terlaknat. Semua seisi dunia itu terlaknat kecuali orang yang ingat kepada AllahSWT atau melakukan sesuatu yang dekat dengan mengingatiNya dan orang yang mangajar serta orang yang belajar.”

Berdasakan daripada hadis yang dinyatakan, terlalu banyak ganjaran yang dikurniakan oleh Allah khususnya kepada golongan guru. Tetapi untuk mendapatkan ganjaran tersebut hendaklah timbul rasa ikhlas dalam hati untuk menjadi guru dan ikhlas untuk mengajar. Mungkin perkataan ikhlas mudah untuk dilafazkan, tetapi apa sebenarnya yang tersirat di dalam hati. Mungkinkah kita tetap merasa ikhlas sekiranya kita tidak diberi sebarang gaji dan elaun untuk mengajar anak bangsa? Sanggupkah kita mengajar kelas tambahan kepada anak murid walaupun tidak dibayar kerana kebanyakkan mereka berasal daripada keluarga yang miskin? Renungkan sahabat sekalian bagaimana pengorbanan yang bakal dihadapi oleh seorang guru kelak. 

PENGALAMAN APABILA BERGELAR BAKAL GURU :

PERTAMA
masa orientasi bile pertama kali dengan lagu GURU MALAYSIA,terus bulu roma Arie meremang.. Arie cam tak sangka lagu yang Arie nyanyi tu lagu yang sama selalu Arie dengar semasa guru2 sekolah nyanyi time Hari Guru.. 

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta


Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

KEDUA :
masa first praktikal Arie wat kat sekolah lama Arie iaitu SK Seri Bulan.. jumpa la cikgu2 lame yang pernah ajar Arie dulu.. jumpe Cikgu Zarina,Cikgu Sidi,Cikgu Rozi,Cikgu Roslina dan ramai lagi.. memang sengaja nak wat kat sekolah tu sebab nak jumpe cikgu2.. bayangkan setelah 9tahun Arie tinggalkan sekolah tu.. rindu sangat sekolah tu.. banyak kenangan kat sekolah tu.. daripada tak pandai,Arie jadi pandai.. daripada nakal,Arie jadi baik dan daripada malas belajar,Arie jadi rajin belajar.. sume bermula dari sekolah rendah tu.. betul kata orang,klu tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.. dari sekolah rendah ni la murid2 atau anak2 dididik supaya jadi yang berguna.. that's why,teacher and early learning from primary school is the important stage for students.. 

first experience pergi sekolah..
SK Seri Bulan..
sekolah rendah Arie..



with puan manisah..
cikgu bm dan math..


my lovely school..
rasa cam nak berkhidmat kat sekolah sendiri lak nanti bile posting..


pn zarina..
cikgu math..





en rashidi..
cikgu sains..dan juga orang yang Arie jadikan model bile da jadi bakal cikgu ni..


cikgu cidi


en rozi..
cikgu math dan juga bapa angkat Arie..


me dan tika..

KETIGA :
another experience bile time perhimpunan kat sekolah masa praktikal,Arie berdiri sebaris dengan guru2.. padahal,time sekolah dulu berdiri tengah2 panas dan berjam2 lak tu kat dataran perhimpunan.. bile time rehat lak,makan semeja dengan guru.. time sekolah dulu-dulu,sokmo kena beratur dan berebut makan semata-mata nak beli makanan kat kantin.. 


KEEMPAT :
Arie belajar pasal psikologi.. memang boleh baca dan tau sifat peribada seseorang la pasni ea.. hehe.. ilmu psikologi atau ilmu pendidikan memang akan diajar kepada semua bakal guru.. klu tak camne nak handle budak2 kat sekolah nanti.. so,kitorang ada strategi cara nak kawal dan kuasi kelas supaya murid2 ikut cakap kita semasa dalam kelas.. da macam witch la lak ek.. haha.. ;p

banyak lagi pengalaman bile masuk maktab ni.. padahal dulu punyeela nangis2 tak nak masuk maktab.. haha.. pape pun yang paling best kat sini ialah kawan2.. sayang korang sangat2..

PISMP SAINS 2









perbezaan muka dulu2.. haha.. lain sangat kot dengan skunk..
masing da pandai bergaya..

p/s : tak sabar nak habis belajar tahun 2013 a.k.a 23 tahun.. ;p

Monday, January 16, 2012

BULAN

first sekali,klu mule masuk kelas mesti cikgu akan tanya soklan kepada murid2 untuk mengetahui tentang pengetahuan sedia ada murid2.. sama gakla macam kitorang belajar kat maktab ni.. masuk je mesti kena ready coz lec akan tanya dulu la sebab nak tahu pengetahuan sedia ada kitorang.. bile masuk kelas fizik,bile dengar pasal astronomi.. hmmm...alamak.. aduhai,lemah den.. tapi actualy,best.. serius,mule2 cam tak best.. not bad la dapat tau apa yang kita tak tahu.. banyak yang Arie tahu dalam kelas Bumi dan Angkasa Lepas.. dan tak sangka lak selama ni Arie miskonsepsi tentang bulan ni.. haha.. baru faham nape bulan gini2 dan bla2.. haha..

nak tau tak apa miskonsepsi Arie??? tak sangka lak dari sekolah rendah sampai la masuk maktab ni,da umur 22 tahun barulah miskonsepsi ni dibetulkan.. lawak2.. haha.. ;p

-bulan berputar mengelilingi bumi dari barat ke timur mengikut arah lawan jam selama 28 hari mengikut kalendar Islam.. bumi lak berputar di atas paksinya mengelilingi matahari dari barat ke timur bersama2 dengan bulan mengelilingi matahari.. so,thats why matahari terbit dari timur dan terbenam dari barat.. ce klu matahari terbit dari barat,memang alamat nak kiamat la tu..

-bulan tak boleh dilihat pada waktu siang.. salah sama sekali, sebab bulan sebenarnya boleh dilihat pada waktu siang dan pada hari dengan masa tertentu.. sebabnya adalah disebabkan oleh peredaran bulan mengelilingi bumi di atas paksinya.. hehe..

-setiap malam nampak bulan.. salah sama sekali gak.. sebab hanya masa dan hari tertentu boleh tengok bulan pada waktu malam.. dan sebabnya sama je disebabkan oleh putaran bulan di atas paksinya mengelilingi bumi.. 

serius,bile da faham camni dan camtu tentang bulan,nape gini dan gitu,memang bestla.. excited lak belajar pasal astronomi ni.. hehe.. putaran bulan pada paksinya ikut kalendar Islam.. sebab tu la setiap 15 hari bulan dalam bulan Islam bulan purnama.. kenapa??? sebab yang sama je.. hehe.. susah nak explain.. kena face to face dan buat demonstrasi baru korang leh faham apa yang Arie nak terangkan.. hehe.. 

siap model lagi sebab lec nak bagi kitorang faham tentang peredaran bulan dan macam mana berlaku perubahan fasa bulan.. disamping bulan mengelilingi bumi,bulan turut sama dengan bumi untuk mengelilingi matahari.. waa...so,complicated.. tapi bile wat simulasi dan tengok demonstrasi,confirm faham punyela.. hehe..


hijau=bulan
putih=bumi


kita akan nampak bulan dari sudut pandangan kita iaitu 180'.. tapi apabila bulan berada di luar pandangan kita,kita takkan nampak bulan tu.. kita akan sentiasa nampak permukaan bulan yang sama.. sebabnya, masa untuk bulan membuat putaran lengkap adalah sama dengan untuk bulan membuat satu peredaran lengkap,bahagian bulan yang sama menghadap ke bumi..

fasa2 bulan.. senang nak faham bila tengok gambar..


fasa dan bentuk bulan..

lagi detail tentang bulan dan fasa2 bulan..
hope tak miskonsepsi lagi dan faham tentang bulan ni..


simulasi peredaran bulanmengelilingi bumi dan fasa bulan yang terbentuk..

pasni,ada amali kena mencerap langit tengok bulan pada waktu malam.. hmm...hope everything ok la.. report sorang2 lak tu..wish me luck k.. ;)

p/s : best gak belajar pasal bulan ni.. pasni belajar pasal awan,batu dan macam2 lagi la.. jom kita explore sama2.. bakal2 ahli astronomi la pasni ea.. bukan bakal cikgu lagi la.. haha.. ;p



Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..

Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..


Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan..
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...

Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu...

Yang bukan HANYA kerana apa yg ada padamu....
Tetapi apa adanya dirimu....!!

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK...
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya...

Sunday, January 15, 2012

ALLAH ITU SWEET

entri kali ni Arie jz copy and paste.. buka2 fb tadi dan terbaca satu article ni.. sweet sangat.. tengok tajuk pun da sweet kan 'Allah Itu Sweet'.. bile baca artikel ni rasa rendah diri sangat dan banyak kekurangan.. tidak dinafikan kadang-kadang kita tidak tahu bersyukur dengan apa yang kita ada.. kita tidak redha dan ikhlas mengharungi dan menempuhi ujian Allah.. sesungguhnya apa yang Allah tentukan dan takdirkan untuk kita pasti ada hikmahnya.. Allah tidak akan memberikan ujian yang tidak mampu ditangani dan diharungi oleh hamba2Nya.. malah Allah memberikan ujian kepada hamba2Nya mengikut kemampuan mereka.. tryla baca article ni.. serius,sweet sangat..
thank you Allah for what you have give to me..
MY FAMILY

terima kasih atas segala yang Engkau telah berikan dan kurniakan kepada ku dan keluargaku.. peliharalah keluargaku dan jadikan kami dalam kalangan orang2 yang beriman.. AMIN..

MY FRIENDS

SN2 GENERATION..


ni la jiran bilik.. selalu lepak same2.. tgk movie past order domino's pizza..
haha..


dari foundation sampailah sem 3 degree..
tak de gambar yang terbarula..


time jamua di rumah puan ct..


me n finaz..
kawan rapat since sklh agama dan sekolah menengah..


kawan rapat dan paling baik..


geng kelas 4a dan 5a..
geng budak2 skema.. hehe..


geng rapat..
even tak 1 kelas tapi rapat..
xtau camne leh rapat ek..
nak kena rewind balik la.. hehe..


mizz u all..
rumate dan kawan rapat time kat matrix..


kawan2 kelas..


geng f2p7..
never forget this moment..


ni ida..
kawan kelas yang paling rapat time kat matrix..
sampai skunk klu tepon dia dan dengar suara dia mesti menangis..
sebab rindu sangat kot..


me dan mira..
kawan rapat dari sekolah rendah..
dia la orang pertama yang kawan dan tegur aArie dulu masa kecik2..
dule sama tinggi,skunk entah camne la dia leh tinggi lak ea.. haha..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pernah tak terfikir, saat bila kita mula berkenalan dengan Allah? Kalau ditanya, mungkin ramai yang akan kata, lahir ke dunia ni mestilah terus kenal Allah. Umur 5 tahun dah di ajar Iqra'. Umur 6 tahun di ajar solat. Umur 8 tahun mula puasa penuh. Jadi, dah lama la kita kenal Allah ni. Tapi kalau di tanya, Allah tu macam mana? Apa sifat-sifat Allah? Yang 20 tu. Apa nama-nama Allah? Yang 99 tu... em.. belum tentu semua orang ingat. Belum tentu semua orang hafal. Paling penting, belum tentu semua orang tahu. Paling teruk, belum tentu semua orang benar-benar nak tahu. Yang tahu, kenal Allah bila solat. Kenal Allah bila mengaji. Kenal Allah bila puasa. Tapi, Allah kan ada di mana-mana. Tiap-tiap ketika. Tak sedar keAllah tu sentiasa ada?
Saya mula berkenalan dengan Dia pada tahun 2009. Hah? Baru 2 tahun?! Ye! Baru 2 tahun.
Habis tu, selama ni tak kenal Allah? Bukan tak kenal. Kenal, tapi tak cukup kenal. Jadi, buat-buat kenal.
2 tahun tu jangka masa yang cukup singkat. Kalau bayi, mungkin dah boleh jalan. Tapi bercakap, pelat lagi. Macam tu la tempoh masa perkenalan saya dan Dia. Cukup pendek. Tapi, satu hal yang sangat-sangat saya kenal, pasti dan yakin tentang Dia. Allah ni kan... SWEET~~
Allah ni Sweet
Takkan ada manusia yang mampu jadi pendamping hidup setanding Dia.
Dia Pemberi Kekuatan
Kemana saya pergi, Dia akan sentiasa di sisi. Menemani diri saat saya keseorangan, menemani diri saat saya kesedihan, menemani diri saat saya kegelisahan. Jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia ada.
Terkadang bila nak balik rumah dari placement, badan terasa sangat penat. Berdiri 8 jam sepanjang hari, berkejar ke sana sini, nak drive balik rumah tersangat-sangat penat. Ditambah dengan kesesakan jalan raya. Pernah sekali kat traffic light, sebab dah lama sangat tunggu, bila bersandar kat tempat duduk, tak sedar terlena. Nasib baik Dia kejutkan. Lampu dah hijau! Okeh, gerak. Walapun dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri. Alhamdulillah, selamat sampai rumah. Makan, solat, tido.
Terkadang pernah balik seorang diri dari Ferryden Park. Pukul 11.30 malam. Nak balik Evandale. Gelap gelita sudah. Sorang-sorang. Takut ke? Tak... Gementar je sikit. tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga saya.
Allah kan Maha Melindungi. Sweet kan?!
"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."
(Al-Baqarah: 107).

Dia Peneman Bicara 
Banyak yang terpendam di lubuk hati. Tapi terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang. Tapi terkadang ragu. Bukannya boleh dapat penyelesaian. Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah.
Tapi pada Dia, saya tak malu nak bercerita. Semua sekali! Walaupun terkadang ada kata-kata yang segan untuk dituturkan dengan kata-kata, tapi Dia kata takpe. Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat. Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati saya tanpa perlu saya kata apa-apa. Wah! Allah tu sweet kan!
"Katakanlah, Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran: 29).

Dia yang Kaya Raya
Selalukan kalau kita dengar cerita atau tengok kawan kita yang keluar dating tiba-tiba bawak balik banyak hadiah. Teddy bear la, kad la, bunga la, baju, kasut dan etcetera. Banyak o.. Pastu semua orang mula la puji. "Eh, bagus la pakwe ko. Sweetnye~~"
Eleh, cukup sweet dah ke tu? Kalau yang bf tu sekadar guna duit loan, scholar, atau kerja nak belanja kita, mesti akan ada tika masanya kita kena jugak guna duit sendiri. Paling-paling duit tambang bas, teksi atau komuter nak keluar. Still! Duit kita akan kurang jugak. Siapa yang berani kata duit dia tak pernah kurang walau 1 sen pun setiap kali keluar? (Tapi sekarang 1 sen dah tak laku. Jadi, 5 sen la).
Tak cukup sweet tu...
Kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang saya dapat, semua daripada Dia. Bukan saja duit, semua yang saya ada sekarang ni, semua Dia yang bagi. Segala-galanya. Amacam? Hebat tak Dia. Ada ke manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!

Tapi kan, sebab Dia sangat sweet, Dia tak bagi semua ni pada saya directly. Nak tambahkan sweetness tu, Dia bagi melalui medium lain. Daripada ma abah, daripada sponsor saya dan lain-lain. Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya akan segan sebab saya tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya. Sweetkan Allah?!
"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?"
(Yunus: 31).

Dia yang Pemaaf

Manusia ni susah nak mengaku salah. Paling teruk, susah nak meminta maaf. Haih!
Dengan Dia, saya ada BANYAK kisah tentang kesalahan, kesilapan dan... keMAAFan.
Daripada mula saya lahir, sampailah umur 23 tahun  dah banyak kali dah saya sakitkan hati Dia. Dia kata jangan buat, saya buat jugak. Apa yang Dia suruh buat, saya tak nak buat. Degil! Kalau dengan manusia, dah lama dah saya patut kena marah. Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya. Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia. Jadi, Dia bagi saya peluang lagi.
Tapi bila dah tahu, bila dah kenal, terkadang tu tetap jugak saya ulang balik kesalahan yang lalu. Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf kat Dia balik. Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong... Dia PASTI akan tetap maafkan saya. Sweetnye~~
"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53).

Dia Pemberi Ketenangan
Keluh kesah. Resah gelisah. Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya. Bila nak exam, bila kena siapkan assignment, bila nak pergi interview etcetera.
"Aku kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah. Kalau dengar je suara Adam (bukan nama sebenar), hati aku mesti tenang." 
Kalau sesama perempuan?
"Sesama perempuan ni lain. Diorang tak faham sebab kita sama kan. Kalau dengan yang berlainan "makhluk" ni, lebih mudah untuk saling memahami. Cas yang sama kan saling menolak. Bila cas yang berlainan baru saling menarik." erk!

Tapi, bila bergaduh...

"Benci betul la aku dengan si Adam (masih bukan nama sebenar). Dah banyak kali call, tapi tak angkat phone pun! Dia yang buat salah, tapi dia pulak yang merajuk. Dah la.... (terhamburlah semua kekurangan si Adam tuh)." A'ah, tenang la sangat.

Paling tak best, bila perempuan yang marah, si Adam pun ikut merajuk sekali. Bukannya nak pujuk. Perempuan pulak yang kena pujuk balik. Apekah! Come on la Bro! Tak sweet!!!
Haih~
Tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ni. Sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk dengan saya walau apa pun yang saya buat. Dan setiap kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani saya, mengurangkan bebanan perasaan. Dan takkan pernah berhenti. Sweet kan?!
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28).

Yang Pasti, Dia pun Rindukan Saya Jugak!
Allah ni sweet. Dia bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi tulah. Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa.
Ada ketika saya buat dunno je dengan Dia. Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap jugak bagi saya macam-macam nikmat. Saya pulak tak berterima kasih pun kat Dia. Sebab bila saya syok sendiri sangat, lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu. "Ek" betul saya kat Dia, kan!
Tapi... Dia sangat sweet... Dia pun rindu saya jugak. Dia nak saya ingat kat Dia. Dia nak saya sebut nama Dia. Dia nak saya minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the spot! Tang tang tu jugak Dia boleh bagi. Tapi ada yang Dia hold dulu. Sebab Dia nak saya dapat yang lagi BEST! Lagi SYOK!
"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216).

Jadi, bila Dia dah mula rindukan saya, Dia bagi ujian. Dia bukan nak susahkan saya. Tapi sebab Dia nak tahu, betul ke saya cintakan Dia? Kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana? Dan paling penting, Dia nak saya ingat kat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu kat saya. Jadi bila diuji, saya rasa sedih, saya rasa payah, saya rasa sakit. Saya mesti nangis! Tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti saya sebut. Dan saya sangat pasti bukan hanya saya, tapi kita semua pasti akan sebut... \"Ya Allah!\"
Dan Dia pasti akan gembira. Sebab kita dah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai... Sweet~~~
"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..." (Al-Baqarah, 152).
Dia Pendamping Abadi

Dia sangat memahami saya. Betul, Dia sayang saya. Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba.
Jadi setiap orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Tapi, semua orang nak yang terbaik. Saya pun! Dan Dia tahu saya nakkan yang terbaik. Oleh kerana sayangnya Dia pada saya, Dia hadiahkan saya satu nasihat. Takkan sama kaca dengan permata. Kita meminta emas, takkan kita nak berikan gangsa?
"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur: 26).

Saat itu, takkan pernah tercepat. Dan takkan sekali-kali terlambat. Bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di hati.
Awak dah berkenalan dengan Allah? Kalau belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan awak takkan pernah sedar... Yang Allah tu sweet~~~ Thank you Allah!
p/s : setiap yang berlaku ada hikmahnya.. bersyukur dengan apa yang telah dimilki..