HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO ARIE
HAPPY BIRTHDAY TO ME
kredit to tika for this pic..=)
ok, kena simbah air.. the best la..
b'day gurlz la konon nye.. haha.. pape pun tq to my classmate..
love u all dam so much la.. =)
Alhamdulillah.. genap 22 tahun.. alamak, da tua je rasa bile umur da mencecah 20 an ni.. hmm...bak kata orang2 tua da leh kahwin ni.. haha.. mama pun kahwin dalam usia 22 tahun ni.. hepy2 gak, tapi sebenarnya ada kisah duka dalam tarikh ni.. benda nak jadi kan.. redha jela.. maybe ada hikmahnya..
bile cakap pasal jodoh ni, terdetik dalam hati.. 'siapakah agaknya jodoh aku?' sebenar memang tidak dapat dinafikan dalam usia arie skunk da patut fikir pasal jodoh.. but study and family is the most important things in my life.. insyaAllah, klu da sampai seru adalah tu nanti.. jodoh pertemuan ajal dan maut adalah ketentuan Allah.. tapi klu tak usaha dan berdoa tak jalan juga kan.. so, pandai2 la fikir.. insyaAllah, setiap orang diciptakan secara berpasang pasangan.. dan arie percaya apa yang Allah janjikan 'perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat'.. sesungguhnya, mestilah kita nak jodoh atau bakal suami kita tu baik kan.. that's why we have to change first..
arie tumpang gembira kepada kawan2 kelas yang bakal bertunang dan akan berkhawin.. waaa...tiga orang sekali gus.. pape pun, arie doakan korang bahagia hingga ke anak cucu dan berkekalan hingga ke akhir hayat.. pasni tak leh lak kita nak gurau2 gosip2 da.. coz masing2 da ada tanggungjawab masing2.. hope korang jadi isteri yang mithali..
ni ada beberapa artikel pasal jodoh..
teeetttt...touching lak kan.. haha.. tapi artikel2 ni jz untuk information je.. dan untuk peringatan diri.. tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. haha.. lebih lak kan.. main pointnye pasal jodoh je pun.. tapi explanation panjang lebar.. =P
ARTIKEL 1
soal jodoh dan pertemuan bukan suatu yg mudah untuk diungkapkan kerana kadang2 ia terjadi dengan sendiri tanpa kita sedari.
Allah berfirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Surah Ar-Rum: 21)
Dalam kehidupan masyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
Seringkali kita mendengar ungkapan: jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat Qana’ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha. Beberapa pendapat tentang jodoh :
1- JODOH SEBAGAI TAKDIR
“Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti merima jodohnya, baik ataupun buruk.” Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud: “Jodoh di tangan Tuhan makan ada kebenarannya. Tetepi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar.
Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu seringkali kita dengar, “Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang.” Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.
2- MENCARI JODOH
“Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus beriktiar mencari dan memimilihnya.” Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.
3- BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL
“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”
Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dalam memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang igunakan di beberapa tempat seperti :
a. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkawinan berlangsung atas persetujuan anak.
b. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
c. Anak lelaki atau perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
d. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi, masalah memilih jooh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.
Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kiat perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayar menanggung penyesalan sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia.

ARTIKEL 2
Dalam hidup ini..terdapat 3 jenis jodoh pertemuan yang ditakdirkan..antaranya
Jodoh dari Syaitan
Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.
Jodoh dari Jin
Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.
Jodoh dari Allah SWT
Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta… :)
- jodoh pertemuan
- jodoh dan pertemuan
- jodoh dari syaitan
- pertemuan jodoh
- kisah jodoh
- kisah pertemuan jodoh
- kisah tentang jodoh
- pertemuan dengan kekasih menurut islam
- tentang jodoh dalam islam
- kata-kata nasihat
ARTIKEL 3
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri
Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, jatuh terjerumus, tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari…dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
|
alhamdulillah, sepanjang kehidupan arie ni, mereka sentiasa ada di sisi dan memberi sokongan.. sebab inilah arie kuat dan tabah menempuhi segala cabaran hidup..
arie dan kawan2 sekolah rendah..
arie, izian, mira dan azyan..
best fwend since secondary school..
mira..
my best fwend at maktab..
nia, fatin and tika..
love you all so so much..
adik beradik angkat..
ida, tika dan ema..
my lovely best fwend since at school..
miss and love you all..
lia, mira dan nisa..
my bestie..
tika..
dia lah yang banyak tolong dan faham ari..
klu tak de dy, ari tak leh hidup kot..
dy da macam mak ari..
sayang kamoo tika.. =)
ada kawan2 yang sentiasa menyokong arie..
fwendship forever..
my lovely brother..
dy la pengubat hati dan jiwa..
mama dan angah yang sentiasa di sisi..
angah yang sentia di sisi..
suka dan duka..
mempunyai matlamat yang sama..
love you damn so much mama..
you are the best mama i ever had in this world..
Sains 2..
kawan selamanya..
p/s : tak sangka da 22tahun.. rasa cam cepat sangat masa berlalu.. dan rasa cam baru je lepas dari sekolah menengah.. padahal dan 5tahun tinggalkan alam persekolahan.. pape pun dengan niat baru dan azam baru untuk berubah dan memperbaharui diri ini ke arah yang lebih baik.. amin.. =)
touched
ReplyDelete