Sometimes they take people, and they don't say why,
sometimes people leave and they never say goodbye,
sometimes there are no second chances to say I love you,

sometimes there are no next times,

sometimes you lose someone and you feel like your heart has followed them to heaven and sometimes there is just nothing you can do to make the tears stop.

Sometimes, no matter how much faith we have, we lose people. But you never forget them. And sometimes, it's those memories that give us the strength to go on.

Sometimes you have to forgive someone just because you want them in your life.

Monday, May 21, 2012

HIJRAH

alhamdulillah, teruja dan terharu bila baca kisah hijrah mereka..
seriusly, dulu arie memang suka dyorang dan skunk dyorg dan mereka menjadi inspirasi untuk arie turut sama2 berhijrah ke arah yang lebih baik.. =)
really  proud with them..
Allah tu Maha Adil.. Dia memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendikinya..
semoga arie pun mendapat hidayah daripada Allah untuk memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik.. banyak lagi yang arie perlu teroka, belajar dan tingkatkan segala ilmu agama.. hope usaha arie tak terhenti di tengah jalan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.. 


jom baca kisah mereka.. 
(copy paste from facebook)

1. Catriona Ross..

~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.
Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.
"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.
"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.
"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.
Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.
"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.
"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.
"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya.Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?
"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

2. Irma Hasmie..

~“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.
“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia
Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.
“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.
“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.
“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.

3. Abby Abadi...

~“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.
Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

4. Diana Amir...

~“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”
“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”




sama2 berusaha untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah..
insyaAllah.. =)


1 REJAB

alhamdulillah da masuk 1 Rejab.. pas2 Syaaban, Ramadhan dan Syawal.. haha.. nak mention Syawal je sebenarnye.. kejap je kan masa berlalu.. 
pejam celik, pejam celik..


Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam.. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..

antara kelebihan2 dalam bulan rejab ni..
justeru, banyakkan amalan kita.. insyaAllah banyak kelebihan yang akan kita dapat..
antara amalan2
1. solat suna
2. puasa sunat
3. beristighfar
4. membaca al-Quran



p/s : untuk peringatan diri dalam usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.. insyaAllah,may Allah bless me.. =)
wish me luck 4 2morrow.. the most killer paper.. EARTH AND SPACE.. hope dapat wat yang terbaik dan  dipemudahkan segala urusan.. 
takut kot..=_="


Saturday, May 19, 2012

ME

relax jap sebab da penat study.. baru je habiskan EARTH AND SPACE..
jap lagi nak sambung ENGLISH FOR LANGUAGE TEACHER..
buka2 fb, nampak lak gambar ni.. so, tiba2 rasa cam memang sama cam arie.. sebijik kot..


sometimes, ada benda yang kita leh cite kat keluarga atau kawan2..
sometimes, ada benda yang kita susah nak luahkan..
dan cara untuk sembunyikan nye adalah seperti di atas..

SENYUM

KETAWA

yup, arie memang suka senyum dan ketawa..
luaran nampak je hepy, tapi sebenarnya dalam hati je tau apa sebenarnye yang arie rasa..
better simpan dan pendam..
bagi arie, lebih baik jaga hati orang daripada sakitkan hati orang even kadang2 hati kita sakit.. even benda tu complicated sangat, tapi jika pendam dan simpan dalam hati akan wat orang lain lain hepy, jz do it.. insyaAllah, lama2 mesti apa yang kita pendam dan simpan tu akan hilang.. cuma take time la.. but, its the better way.. 

tapi amatlah tidak digalakkan ye.. sebab klu terlalu banyak simpan dan pendam kadang2 leh wat kita jadi pendendam dan susah nak maafkan orang lain apabila ada orang wat salah kat kita.. hmmm...senang cite lain orang lain caranye..

antara cara2 yang arie wat untuk hilangkan sume perasaan yang tak patut sama ada sedih, geram, marah atau pape la :

1. tengok cite sedih..
of course la cite korea.. haha.. sebab memang setiap kali tengok cite korea arie akan nangis.. 
takpun tengok hindustan.. tak pernah ada satu cite korea dan hindustan yang arie tengok tak nangis.. mesti sume nangis.. lawak tul.. even da ulang banyak kali, tapi still lagi meleleh air mata.. so, bile da ngis kena la feeling lebih sikit.. barulah rasa lega.. nangis puas2 dan orang takkan tau nape kita nangis.. mesti orang akan ingat kita nangis sebab tengok cite.. hehe..

cite korea



cite hindustan




haha.. sume cite shah rukh khan ok.. haha.. banyak lagi, tapi lain kali lak la arie upload..
suka shah rukh khan sangat2.. feeling lebih sebab tengok reaksi shah rukh khan yang memang mantap dan beremosi.. berjaya wat sape2 yang tengok pun nangis.. lagipun, memang cite2 dy sedih.. tu yang akan meleleh ari mata walaupun tak nangis sebenarnye.. haha.. =P

2. nyanyi
antara aktiviti yanga akan arie wat untuk release tension atau nak buang perasaan2 negatif dan tak patut ada dalam hati arie.. mesti la buka lagu korea ye.. haha.. and then nyanyi la sampai rasa lega dan puas.. tiba2 rasa cam da leh masuk group dyorang lak.. kalah dyorang arie nyanyi lagu korea.. haha..

antara group korea yang arie memang minat bapak..
tiap2 hari tengok pun tak jemu..

FT ISLAND

GIRLS GENERATION

CN BLUE

THE MOST FAVOURITE
2PM

AFTER SCHOOL

T-ARA

WONDER GIRLS

3. solat hajat dan solat sunat taubat
mohon kepada Allah supaya diampunkanlah segala dosa2 kita dan hindarkan dari perkara2 yang negatif tu.. insyaAllah.. kita akan rasa tenang dan lapang dada.. sesungguhnya, sebagai makhluk Allah, kepadaNya lah kita berserah dan bermohon segala2nya.. Dia yang mengatur sesuatu untuk kita dan setiap apa yang diatur tu mesti ada hikmahnya..



4. baca al-Quran dan berdoa
this the important one.. wajib baca even satu hari satu muka surat.. insyaAllah, untuk peringatan diri gak supaya sentiasa peka dan tidak lalai.. banyak kelebihan bile kita baca al-Quran.. salah satu nya, dapat bersihkan hati, tenangkan jiwa dan banyak lagi.. yang penting menunjukkan kita bersyukur atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan kepada kita.. doa adalah senjata umat Islam.. doa mampu merubah takdir.. 



p/s : kadang2 kita memang takleh nak puaskan hati semua orang.. tapi apa yang kita leh wat ialah wat orang tu hepy dan sentiasa mengalah walau dalam apa cara sekali pun supaya tidak meyinggung mana2 pihak.. 




Friday, May 18, 2012

FANATIC RED ROSES














Jadilah wanita seperti bunga dalam bekas kaca..
ramai yang melihatnya..
menikmati kecantikannya dari pndangan mata..
tetapi..
hanya org yang layak sahaja..
mampu memilikinya..
dan..
hanya yang bertuah sahaja..
mempunyai kunci untuk membuka dan menyentuhnya..
menikmati haruman bunga yg mewangi..
menikmati keindahan sang bunga dari padangan mata hati..

STRESS

arrrggghhhhh...bangun buka mata,tengok buku.. bangun buka mata tengok buku.. aisy...bile la rutin ni nak habis.. haha.. ok, another 3 papers.. after this, BALIK.. yeaaahhhhh.. haha.. tolongla bagi arie balik.. nak balik gak.. tension, stress, pe lagi ayat yang menggambarkan stress ni.. 

actually, stress sebab exam kimia yang baru je lepas minggu lepas.. agak tension sebab rasa memang da study hard da.. tapi entahla kuar soklan apa la.. tapi alhamdulillah, still ada yang boleh jawab la.. tawakal setelah berusaha.. insyaAllah, kot2 tiba2 ddapat markah bonus ke.. haha.. 

~paper after this~
bumi dan angkasa
pj
english for language teacher..

ok, sume tough dan kena banyak baca.. sampai otak pun da penat nak digest ayat2 ni.. hmm...pape pun wish me luck ea.. hope dipermudahkan segala urusan dan dapat buat yang terbaik.. =)
strive for success..

fizik mood



berserabut meja sama meaning dengan berserabut otak.. rasa cam tak terurus lak hidup.. haha..


antara nota2.. memang kena banyak menulis ek..



p/s : hope dpt wat yang terbaik utk exam yang akan datang ni..


Saturday, May 12, 2012

PHOTOGRAPHER

haha.. jom berangan jap jadi photographer.. arie memang suka sangat2 ambil gambar.. sebab sedar diri tak fotogenik.. =P

jom layan..
halal je ea.. xpandai sangat pun dan teknik serta skill seorang photographer takde lagi..
coming soon..






antara hasil2nye.. =P
bleh jadi photographer tak agak2.. haha..






p/s : tak sangka ada bakat terpendam.. =P



Wednesday, May 9, 2012

FAIRYTALE


pernah dengar tak kata2 ni..

"lebih baik kita bertemu dengan orang yang betul daripada kita bertemu dengan orang yang salah terlebih dahulu sebelum kita bertemu dengan orang yang betul"
maksudnya : better tak pernah rasa bercinta dan bile da jumpe dengan orang yang betul2 dy jodoh kita terus je kahwin.. daripada bercinta tapi terputus di tengah jalan dan barulah jumpe dengan orang yang betul2 dijodohkan untuk kita lalu kahwin.. 

supaya kita tidak sakit apabila dy bukan jodoh kita.. supaya kita tidak rasa kecewa dan putus asa dengan cinta.. supaya kita tidak saling menyalahi satu sama lain dan saling membuka aib masing2 bila putus cinta..

namun, ada juga kebaikan bila kita ditemukan dengan orang yang salah terlebih dahulu sebelum ditemukan dengan orang yang betul.. 
supaya kita dapat pengajaran dari kesilapan lalau.. supaya kita semakin matang dan tau berfikir mana yang betul dan mana yang tak betul.. supaya kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah lalu supaya kita tak mengulangi benda yang sama.. supaya kita berubah kepada perkara yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah.. sesungguhnya cinta kepada Allah adalah hakiki dan kekal selama2nya.. cinta manusia tidak kekal dan hati manusia sering berubah2..

bagi arie da lama arie bermimpi nak jumpa Mr Right arie.. memang da ad pengalaman putus cinta ni.. sakit, pedih, perit dan macam2 la perasaan.. (tu la.. nak sangat rasa cinta.. ambik kau..) hanya Allah ke yang tau.. tapi arie jadikannya sebagai pengalaman untuk arie dan mengambil iktibar daripada pengalaman tersebut.. jarang orang yang akan berjumpa dengan Mr Right terus.. tapi memang bertuahla jumpe dan terus ke jinjang pelamin.. dy tak yah nak rasa sakit sebab putus cinta.. tapi lain orang lain caranya.. Allah da tentukan segala2nya dan mesti ada sebab nape Allah bagi sesuatu tu kepada setiap orang..
kita tak mampu melawan takdir Allah.. hanya doa je yang mampu merubah takdir..

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…

Namun kemudian…
Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.
Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi
Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan




(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat,
dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat;
dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,
dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
(Al-Quran, Surah Al-Nur: Ayat 26)

Rahsia:
- sekiranya anda pernah berdosa besar, dan berkeinginan pula didampingi oleh
pasangan yang soleh atau solehah
- maka, perbaiki diri anda dahulu dengan tidak mengulangi akhlak buruk yang
lepas dan berterusan membuat amal-amal baik, pasti Allah akan hadirkan
untuk anda pasangan yang soleh atau solehah idaman hati menjadi
pendamping anda untuk hidup bersama di dunia ini.

SEBAB 1.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya apabila kita bertemu jodoh yangg sebenar,
kita masih ada rasa syukur pada ketentuan ALLAH.

SEBAB 2.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita dapat menjadi seorang penilai yang baik.

SEBAB 3.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan
pertolongan ALLAH.

SEBAB 4.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,
KHAS UNTUK DIRI KITA.

SEBAB 5.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG,
kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita,
dan dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kehidupan kita pada masa depan...

SEBAB 6.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk
mengalaminya.

SEBAB 7.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

SEBAB 8.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita lebih faham bahawa…
CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

SEBAB 9.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita…
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL


selalu tengok cerita korea.. heaven betul.. sampai berangan2 nak wat lelaki cam dalam cite tu.. tapi sah2 la cite korea tu fairytale.. nampak sangat tak logik.. mana la ada dan jarang nak jumpe lelaki yang betul2 dalam cite korea tu.. haha..

CITY HUNTER



BOYS OVER FLOWER



YOU'RE BEAUTIFUL


MR CINDERELLA


ALL ABOUT EVE



CINDERELLA'S STEPSISTER


dan banyak lagi cite korea yang arie minat..

klu nak tau, arie gak minat cite2 fairytale.. fanatik kot sampai nak jadi cam watak dalam cite fairytale tu.. arie admire sangat nak jadi cam CINDERELLA.. seriusly..
hidup susah dan selalu jadi mangsa mak dan adik2 tiri..
and then, in unecpexted situation, she meets a prince and the prince fall in love with her..
the prince finds her until he meets her..
at last, the married.. 
sweet, nice and awesome.. klu da jodoh memang tak ke mana..




A dream is a wish your heart makes.
-- Cinderella

So this is love,
So this is what makes life divine.
-- Cinderella

In dreams you lose your heartaches.
-- Cinderella

If you keep on believing, the dreams that you wish will come true.
-- Cinderella


WANNA MAKE MY LIFE SUCH IN A FAIRYTALE..
JZ LIKE CINDERELLA..
meet my prince in unexpexcted situation..
fall in love in the first sight..
but, ada ke dan wujud ke fairytale dalam dunia sebenar ni???
atau jz angan2 dan dalam mimpi je.. =(
no one knows right..
only Allah knows everything.. 


p/s : jangan sedih sebab mesti ada sebab kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah dulu sebelum Dy temukan kita dengan orang yang betul.. let time decide everything coz He knows who the best for us.. =)