Sometimes they take people, and they don't say why,
sometimes people leave and they never say goodbye,
sometimes there are no second chances to say I love you,

sometimes there are no next times,

sometimes you lose someone and you feel like your heart has followed them to heaven and sometimes there is just nothing you can do to make the tears stop.

Sometimes, no matter how much faith we have, we lose people. But you never forget them. And sometimes, it's those memories that give us the strength to go on.

Sometimes you have to forgive someone just because you want them in your life.

Tuesday, January 3, 2012

RESULT

ALHAMDULILLAH,result sem ni naik.. hope result sem depan naik lagi.. ;p

seriusly,sem4 ni la paling trouble coz banyak sangat assignment dan time nak exam pun time tu gak nak kena hantar itu dan ini.. sem4 ni gaklah Arie dan kawan2 tak tidur b'hari2 sebab wat keje dan bile dalam kelas sume ngantuk dan masing2 mata sembab dan macam panda.. hehe.. pape pun sem4 ni banyak gakla kenangan manis.. kami rakan2 sekelas makin lame makin rapat.. 

bile masuk tahun baru ni 2012,terus terfikir tahun depan 2013.. yes,tahun depan last.. serius,da penat belajar je ni.. tapi i'sm still will continue my study until high level and achieve my dream to become a lecturer.. InsyaAllah.. jz follow the flow.. kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya..

2012,sem5.. maksudnya da 3tahun setengah kat maktab ni dan di kl.. Alhamdulillah,da sampai ke tahap ni.. pape pun memang sem ni akan semakin mencabar.. jz wait and see naa.. hmmmm... =.='

tapi takutla result MUET da nak kuar da.. hmmm...klu result MUET tak kuar takpe ke ek.. tak nak taula.. huhu..
T.A.K.U.T

p/s : DUIT = DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKAL
InsyaAllah,klu kita amalkan formula ni kita akan berjaya..

PARKSON

part time keje kat parkson time cuti sem.. memang best dan dapat pengalaman baru,kawan baru dan macam2 la baru.. tak sangka mule Arie kekok gakla keje kat tempat baru ni,tapi lame2 ok la coz kawan2 pun sporting.. bestla..

keje sebagai sale assistant cosmetic.. jual minyak wangi dan barang2 cosmetic.. seriusly.. haha.. tak pernah2 jadi juru jual.. lagi2 Arie mane la pandai nak cakap2 dan promote suh orang beli barang.. kelakar bile fikir balik.. haha.. tapi so far so goodla.. yang lagi kelakar bile ada customer cakap Arie cantik dan macam budak2.. sampai skunk bile ingat benda tu mesti gelak.. 

masa keje kat bahagian cosmetic ni la baru Arie tau pasal brand2 minyak wangi..
contoh
untuk lelaki
-hugo
-dunhill
-diesel
-polo
-raplh lauren
untuk perempuan
-dkny
-guess
-byvlgari
-calvin klein
dan banyak lagi..
harga sume beratus kot.. tunggu Arie jadi cikgu la kot baru beli minyak wangi mahal2.. haha.. sweet sangat bile ramai yang beli minyak wangi untuk dijadikan hantaran.. dan ada gak yang beli mimyak wangi untuk dihadiahkan kepada yang tersayang sebagai tanda cinta dan sayang kepada pasangan masing2.. 

pasal barang2 make up pun Arie main hentam jela.. mane taknye,Arie bukannya pakai alat2 make up pun cam maskara,eye liner,lipstik dan macam2la.. haha.. bile customer tanye mane yang bagus dan elok,dengan muka confident Arie tunjuk je mane2 yang Arie rasa bagus.. pe lagi bile tengok Arie dengan gaye confident gitu,customer pun "ok,i'll take this".. haha.. jahatkan!!! yang paling takleh lupe bile ada customer cari maskara dan eye liner.. Arie tunjuk jela mane yang Arie rasa elok.. pastu dia tengok je mata dan muka Arie dan cakap "awak pakai maskara dan eye liner ke??? cantikla mata awak".. haha.. tak pernah2 orang puji mata Arie yang sepet ni.. pelik je kan.. haha.. 

rindu sangat kat
-kak pah
-kak fani
-kak noi
-tiqa
-fara
dan ramai lagila.. pape pun nanti raye cine Arie datang parkson jumpe korang ea.. ;)

OMBAK RINDU

adaptasi daripada novel Ombak Rindu.. serius cite ni best.. siap nangis2 lagi.. tak nak la cite pasal ombak rindu coz confirm korang sume da tengok dan mungkin akan tengok kan coz skunk memang ngah gelombang ombak rindu.. betulla orang cakap cite ni memang best.. tak rugi klu tengok..

bile tengok cite Ombak Rindu ni siap ngan dianye OST yang mendayu2,entah camne leh ingat kat dia lak.. sebab diala Arie tengok cite ni.. hehe.. curious sangat nak tau pasal cite ni..

jom cuci mata jap..











Arie suka dengar OST ombak rindu especially Ombak Rindu dan Untuk Kamu.. touching dan slow sampai leh wat orang tidur.. hehe..



Ombak Rindu–Hafiz/Adira



Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku



Adira :

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung



Hafiz :

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku



Hafiz & Adira :

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti



Hafiz:

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya



Adira:

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Untuk Kamu - Hafiz 


Raut wajah...Mendamaikan...
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata...Mempersona...
Bagai gugur seluruh jantungku...


Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...
Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...


Huuu....Huuu...Huuu....
Huuu....Huuu...Huuu...


Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu.....
Tercipta buat dirimu...
Hanya untuk kamu....

14 FAKTA MENARIK

14 Fakta menarik yang agak mencuit hati sebagai tatapan pengunjung yang dikasihi. Allah SWt tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, setiap kejadian baik mahupun buruk ada hikmah di sebaliknya.
“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.”(Surah Al-Imram, ayat 191).

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding
keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat
di bumi.

4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.

5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau
lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni
tangga.

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku
sendiri.

10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung
dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

12. Semua beruang kutub adalah kidal.

13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

*Marilah sama-sama kita sentiasa memuji kebesaran Allah SWT dengan selalu berzikir kepadaNYA..
Subhanallah. ..Walhamdulillah … wallahuakbar.

PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA

boring2 ngadap laptop ni,so Arie baca la macam2 artikel kat internet.. n then tertarik lak kat artikel ni.. 
hayati
renungi
dan ambil iktibar daripada kisah ini..

Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman bab ‘penderitaan mengundang bahagia’. Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?
Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.
Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.
Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.
Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami hilang.
Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.
Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.
Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tahu.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.
Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.
Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah jumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.
Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.
Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.
Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.
Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.
Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.
Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.
Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.
Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.
Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.
Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.
Ada orang mangatakan: Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.
Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.
p/s : cinta pada Allah adalah cinta paling utama.. tiada cinta yang lebih agung dan kekal selain cinta kepada Allah.. 

KEINDAHAN JARI JEMARI


1) Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2) Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


3) Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


4) Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5) Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

SELAGI ADA DIA

SELAGI ADA DIA



“BIARPUN JAUH DIPISAH WAKTU, SUARA HATIMU MEMBISIK BAGAI KAU ADA DI SISI” 


Ni la novel yang Arie baca bile da penat study kat rmh.. klu duk maktab conform tak terbaca coz mesti asyik layan korea je.. haha.. novel ni best dan sampai nangis2 kot.. mula macam tak nak baca, tapi bile da nama heroinnye Ari, tu yang syok nak baca sampai habis.. rasa cam diri ni watak utama dalam alam cinta fantasi ni..


Meh nak cite sinopsis sikit..


Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni a.k.a Ari untuk mengenal erti cinta.. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagaian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka..


Namun, kasih yang disulam, janji yang dimenterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah Arianni tekad menoktahkan segala impian.. Cinta pertamanya harus dibuang jauh dalam kotak ingatan. Lelaki itu bukan miliknya..


Tahun berlalu.... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya, sayangnya, pitu hatinya masih tertutup rapat.. Rasa terluka itu masih ada.. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna, tiada keikhlasan, tiada kejujuran..


Kata orang cinta pertama itu indah, tapi tidak buat Arianni. Cinta pertamanya cukup pahit untuk di kenang. Kerana cinta pertamanya ini lah yang mendorong dia melarikan diri dari bumi kelahirannya ini. Kerana cinta pertamanya ini jugak lah hubungan kekeluargaan nya berantakan. Dan cinta pertama itu hilang bagai angin di puput bayu. 


Kini Arianni kembali, setelah 3 tahun merantau membawa lara hati. Dia kembali untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Meskipun dirinya dibenci namun kerana kerinduan terhadap mak dan abah, Arianni memberanikan diri. Mungkin inilah peluang baginya untuk menerangkan keadaan yang sebenarnya.


Di saat diri di landa kesepian, muncul Idris membawa harapan. Namun kasih tak tergapai olehnya. Idris seakan bermain tarik tali dengannya. Untuk memulakan langkah Arianni malu. Tak nak di sangka terhegeh-hegeh. Sedang diri di landa delima, Haris muncul menagih janji. Janji yang sudah sekian lama terkubur. Arianni muak. Arianni jelak dengan semua ini. Segalanya harus bernokhtah.


Tanpa sedarnya, dia menyerahkan soal jodohnya pada mak dan ayahnya. Rela menerima siapa pun yang menjadi pilihan mereka. Dia pasrah. 


Kalau dah jodoh tak ke mana. Begitu lah takdir Arianni. Rupanya dalam diam keluarganya sepakat memilih Idris untuk Arianni. Inilah kegembiraan yang diingini Arianni. Mereka bersama akhirnya setelah sekian lama memendam rasa. Bahagia milik mereka jua akhirnya..


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


selalunya cinta pertama indah dan ada orang yang leh kekalkan cinta pertama mereka sehingga ke jinjang pelamin.. tapi lain plak ngan Arie.. cinta pertama Arie tak seperti yang disangka.. ingatkan panas hingga ke petang,tapi hujan di tengah hari.. Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Ke mana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah.. 1 tahun berlalu,barula Arie jumpa dia.. Alhamdulillah,banyak yang merubah Arie selepas putus cinta pertama ni.. Arie skunk adalah Arie yang baru bukan cam dulu lagi.. semakin matang,tau buat keputusan dan tau pilih mana yang elok dan tak elok.. hanya Allah je yang tau betapa kuatnya Arie menghadapi dugaanNya ketika itu.. tq so much to Tiqah dan Fatin sebab diorangla Arie kuat.. sebab diorang jugala Arie jadi apa yang Ari jadi skunk.. novel ni betul2 bagi motivasi kat Arie.. memang betul cinta pertama tak semuanya indah.. dan tak semestinya cinta kedua akan turut sama jadi macam cinta pertama.. tapi tak mustahil kan.. kita tak leh predict apa yang akan berlaku pada masa depan kita.. apa yang Arie mampu buat ialah berdoa dan berserah semuanya kepada Allah.. biarlah Dia tentukan siapa jodoh Arie coz hanya Dia yang tau sapa yang terbaik untuk hamba2Nya.. Allah takkan hampakan hamba2Nya.. REMEMBER THAT!!!


p/s : for me now,there is no more first love in my life.. it is the bad experience that i had ever.. does not want to back at that moment anymore..